//Forever Imperfect
AIN'T MY FAULT - Zara Larsson (lyrics)

Friday 7 October 2016 @ 21:41 | 0 Comment [s]


Coconut Shake

Tuesday 26 February 2013 @ 20:13 | 0 Comment [s]

assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
today, i'm doing my Individual Oral Presentation..

apa yang perlu saya present hari neh ialah mengenai 'Processes & Procedures'
lepas buat undian semalam, saya adalah Presenter no.7
my Kawan, nama dia Cik Anne..

dapat no.1..
dengan suka relanya, saya nak tukar no. dengan dia..
WHATTT?????
apa yang saya fikir neh sampai nak tukar no. dengan dia.???
padahal preparation tak buat apa pun lagi..
hermmm..

[sebenarnya ada kebaikan, bila kita jadi orang first yang kena present]
salah satu kebaikannya, ialah kita boleh tingkatkan lagi 'confidence level' kita bila berhadapan dengan semua orang.

for those yang tengah belajar lagi, tak kisah lah, budak sekolah ke, student IPTA ke, budak U ke...
kalau ada presentation, buat sebaik mungkin..
benda tuh bukan untuk dapatkan markah yang baik saja.
tapi untuk diri kita juga..
bila dah kerja nanti senang..

NERVOUS????!!!
alahhh, present depan kelas je..
depan kawan-kawan..
bukan dengan orang lain pun..
cuba bayangkan bila kita dah kerja nanti???
macam mana pula nak present depan ahli2 mesyuarat..??
nak berhadapan dengan client luar negara??
kita tak tahu..
benda tuh mungkin je akan kita alami suatu hari nanti..
Yakin boleh, mesti BOLEH!!!

So, back to my story..
process & procedure yang saya buat hari neh ialah..
'HOW TO MAKE COCONUT SHAKE'

pernah dengar ke Coconut Shake neh??
kalau anda orang Melaka, mesti anda tahu mengenai Coconut Shake neh kan?
sebab Coconut Shake sangat famous dekat sana, terutama sekali dekat Klebang.

saya ada seorang housemate..
ermm, ex-housemate lah sekarang..
dia orang Melaka..
dia lah sumber inspirasi saya untuk hasilkan presentation neh..
kawan-kawan pun suggest saya untuk buat pasal Coconut Shake neh..

so, pertama kali saya rasa Coconut Shake..
WOOOWWWW!! sedap..!!
tak hairan kenapa Coconut Shake sangat famous dekat Melaka.
lepas je rasa, saya berminat untuk belajar macam mana nak buat Coconut Shake neh..

senang je..
bahan-bahannya pun mudah untuk dicari..
saya akan kongsikan apa yang saya dah present tadi..

bahan-bahan yang kita perlukan ialah;
> 1 biji kelapa muda
(ambil air dan isi kelapa)
> ais krim Vanila
(saya guna brand WALL'S)
> susu
(2-3 sudu dah memadai)
> ais

cara-caranya mudah:
masukkan je semua bahan-bahan yang telah saya sebutkan tadi dan kisarkan.
make sure, air kelapa TAK dituang  dengan terlalu banyak.
kalau tuang banyak-banyak, kang cepat cair pulok.
tak sedap lah kan..

lepas dah selesai kisar, tuangkan ke dalam cawan atau mangkuk kecil yang comel~ ^,^
ikut citarasa masing-masing :)
anda boleh letakkan 2-3 scoops ice cream dekat atas Coconut Shake tuh.
sedaaapp, kalau makan sekali dengan ais krim.
kalau nak lebih menarik, anda boleh taburkan Chocolate Rice dekat atas ais krim tadi.

Coconut Shake telah siap!
dan inilah hasilnya.

hihohihohiho :*

selamat mencuba dari saya, Cik Light
byebye~

ciklight.blogspot.com ^,~

Jangan Mudah Percaya!

Tuesday 19 February 2013 @ 08:50 | 0 Comment [s]

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
selamat berbahagia kepada semua..
semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik dari semalam..
semoga apa yang berlaku hari ini, kita jadikan iktibar untuk menghadapi hari esok..
Cik L tiba-tiba terfikir, pernah tak anda rasa selama neh ada orang yang sedang 'bermain' dibelakang anda?

'bermain' dekat situ ada banyak maksud..
tapi yang Cik L maksudkan, ialah

errmmmm =..=!
tak tahu lah...

tak kisah lah apa pun maksud dia..
yang penting, jangan mudah percayakan orang yang kita tak kenal ATAU yang baru saja kita kenal..
sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku dikemudian hari..
tapi sebenarnya, benda tuh bergantung pada diri masing-masing lah..
just nak nasihatkan supaya jangan mudah percaya dekat orang..
nak berkenalan boleh, tapi dalam proses pengenalan tuh, kenalah tahu orang yang kita cuba untuk dekati/kenali tuh macam mana orangnya??
baik ke?
sopan ke?
boleh dipercayai ke?

jangan baru kenal, kita dah cerita latar belakang diri kita..
kita tak tahu orang zaman sekarang neh macam mana???
macam-macam rupa, macam-macam perangai..
lagi-lagi, wanita/jejaka Facebook..
kita sendiri boleh nampak dan nilai sendiri??

kalau jumpa orang yang baik, alhamdulillah..
kalau jumpa yang sebaliknya, MashaAllah..
jangan terjerumus ke jalan yang keji sudahlah..
insyaAllah, ameen~ :)

kadang-kadang kita tak sedar,
orang yang kita kenal selama neh pun, dok cerita pasal diri kita dekat orang lain..
kalau cerita yang baik-baik takpe lah..
neh kadang-kadang, terlalu asyik mengumpat, sampai suara azan pun tak dengar..
pernah tak anda semua dengar ayat macam neh;

"aku bukannye nak ngumpat~Tapi~memang kenyataan nya macam tuh!"

haihhh, tak ke same tuh..??
mengumpat dah satu hal..
kalau orang tuh cerita pasal keburukan orang lain, tak ke dia membuka aib orang yang diceritakan tuh??
aduih, manusia~manusia~

sesungguhnya, manusia tak lepas dari membuat kesalahan/dosa..
mana ada manusia yang tak buat salah, kan???
Cik L sendiri pun pernah buat salah..

apa-apa pun, kita kenalah berhati-hati aeh..
Yang baik, Tak semestinya Baik
Yang jahat, Tak semestinya Jahat
selalu lah ingat kepada Allah,
Dia sentiasa ada dimana saja kita berada,
tak kira susah mahupun senang..


semoga ada manfaatnya..
Jangan sombong, Jangan bongkak..
banyakkan nangis, kurangkan gelak..
assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
byeeeee~ ^,^

ciklight.blogspot.com :)

Saya Budak Baru :)

Sunday 17 February 2013 @ 00:53 | 0 Comment [s]

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera semua :)
saya Cik L,  budak baru dalam dunia blog neh~
masih mentah dan tak tahu apa-apa
so, ada baiknya kalau kita berkenal-kenalan dulu ^,^

nama: panggil saja saya Cik L
umur: 2something
asal: Kuala Lumpuq
hobi: menaip, menulis, dengar lagu & edit gambar
warna: hijau, kuning, gold
kebolehan: jadi suri rumah =.=

okay~okay~okay~okay~okayyyy~~

dah lama dah sebenarnya nak buat blog neh..
cume tak reti =.=! [kesian]
pernah jugak minta tolong dengan kawan

Cik L: "weyhh..kau ada blog??"
Kawan: "ada"
Cik L: "ajar aku buat blog weyh"
Kawan: "bile?"
Cik L: "malam nanti aku on Facebook, kau ajar aeh?"
Kawan: "okay"

****keesokan harinya****

Kawan: "mana kau pergi malam tadiiiiiiii????"
Cik L: "ada jew at rumah, kenapa?"
Kawan: "eeeee...kata nak aku ajar buat blog! penat aku tunggu taw!! tengok kau tak online2 pun!"
Cik L: "Ya Allah..aku terlupa..sorry sangat2..tapi malam tadi aku online jew, cume aku tak On chat [hihihih]"
Kawan: "patut lah..!!!"

tiap kali minta tolong dengan kawan, Cik L asyik lupa je..
last2 kawan Cik L pun cakap

"macam neh jew lah senang, kau bagi jew gmail kau dekat aku..nanti aku buatkan." -[suara mengeluh]

hukhukhuk..
sian dia.. :)
sorry taw kawan~

tapi jangan salah sangka pula taw..
blog neh hasil usaha Cik L sendiri..
[terasa hebat plak] #tuihhhhhhh~

so tujuan Cik L buat blog neh, blum pasti lagi apa sebab nya..
mungkin saja2, atau mungkin juga satu hari nanti ada benda yang Cik L boleh kongsikan..
apa2 pun, kalau blog Cik L neh membosankan, harap maaf yew kerana telah membuang masa anda yang membaca :)

jumpa lagi~
assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
ciklight.blogspot.com :) <3



The Disclaimer


Hi peeps. I'm human and blahblah goes here. Change with your suwettie words :D


Navigations!

Diary About Site


Let's Talk!

YOUR CBOX CODE HERE BEBEH!